Isnin, 19 Mei 2014

 
                                           PENGENALAN KEPADA TIUB KUPRUM

              TAJUK : PEMELUWAP(CONDENSER)

TUJUAN :

Kertas penerangan ini menerangkan tentang fungsi-fungsi condenser dan spesifikasi
yang terdapat pada komponen tersebut. Di harap pada pelajaran ini para pelatih akan
dapat memahami semua yang diterangkan dan dapat mempraktikkannya di dalam
kerja amali yang akan dijalankan.

PENERANGAN :

Fungsi condenser ialah menyingkirkan haba dari sistem penyejukan. Telah diketahui
bahawa penyejukkan ialah proses pemindahan haba dari tempat yang tidak memberi
halangan. Jadi melalui condenser haba akan dikeluarkan dengan cara diserap oleh
media(udara) yang dapat menyerapnya. Bahan pendingin yang berbentuk wap
mengalir masuk kecondenser mengandungi haba yang yang diserap di evaporator,
haba lampau(super heat) dan haba mampatan yang bersuhu dan bertekanan tinggi.
Haba-haba tersebut akan disingkirkan dan akan disejukkan ketakat didihnya. Ini
bermakna sensible heat(haba deria) dan latent heat(haba pendam) dikurangkan lalu
bahan penyejuk bertukar bentuk daripada wap kececair.

Teori Proses Penyingkiran Haba Di Condenser. 




Rajah diatas menunjukkan garisan suhu °C ialah garisan menegak dan garisan
melintang ialah garisan kandungan haba Kcal/kg. Bahan pendingin berbentuk cecair
disemua kawasan disebelah kiri A. Disebelah kanan B pula ialah berbentuk wap.

Bahan pendingin didalam garisan A dan B berbentuk wap dan cecair, atau lebih
dikenali kawasan campuran.
Bahan pendingin yang bersuhu dan bertekanan tinggi akan mula masuk ke condenser
di tempat 1. Proses pemindahan haba berlaku dimana suhu menjadi kurang dari 40°C
ke 30°C iaitu proses dari 1 ke 2 dan haba yang dipindahkan ialah haba lampau. 2
ialah takat tepu. Proses pemindahan haba terus berlaku dari 2 ke 3 dan haba yang
dipindahkan ialah haba pendam

Bila haba pendam dipindahkan atau disingkirkan lalu bahan pendingin akan bertukar
bentuk dari bentuk wap ke cecair. Haba deria tidak sedikitpun dipindahkan dari
proses 2 ke 3. Seterusnya proses sub-cooling pula mengambil tempat iaitu proses 3 ke
Haba lampau 141 kcal - 140 kcal = 1
 Haba deria 107 kcal - 105 kcal = 2
 Jumlah = 3 kcal

 Haba pendam 140 kcal - 107 kcal = 33 kcal.

Dari kiraan diatas menunjukkan haba yang banyak sekali disingkirkan oleh condenser
ialah haba pendam.

Keupayaan condenser.

Pemindahan atau penyingkiran haba dicondenser ialah cara pengaliran pada 
dinding tiub yang digunakan. Keupayaan condenser bergantung pada luas meter2
 
condenser dan perbezaan suhu diantara condensation bahan pendingin dengan media 
penyerap haba jika faktor U tetap.Jika faktor U dan luas meter2
 condenser pula tetap 
maka keupayaan condenser bergantung pada perbezaan suhu condensation bahan 
pendingin dengan media penyerap haba. Kesimpulanya, keupayaan condenser boleh 
ditambah dan dikurangkan dengan meninggi atau mengurangkan perbezaan suhu. 
 
Media dan Jenis-jenis condenser. 
 
Udara dan air digunakan sebagai media untuk menyerap haba dari bahan pendingin 
dicondenser. Udara dan air digunakan kerana ia murah dan mudah diperolehi. 

Jenis-jenis condenser

1. Air cooled condenser(pemeluap sejuk air)
2. Water cooled condenser(pemeluap sejuk air)
3. Evaporative condenser(pemeluap cairwapan)

 Air cooled condenser. 
 
Media penyerap habanya ialah udara yang melalui dicondenser. 
Ia terbahagi kepada dua : 
1. Natural convection(tiada menggunakan kipas) 
2. Forced convection(menggunakan kipas) 
 Condenser yang tiada menggunakan kipas bergantung pada luasnya kawasan 
sentuhan udara dan tiub bagi proses pemindahan habanya. Tapi mestilah 
berhati-hati semasa membentuknya supaya kos bahan yang digunakan tidak 
terlalu mahal. Kos bahan dan saiz condenser mestilah seimbang. Air cooled 
condenser boleh didapati dalam tiga bentuk





Tiada ulasan:

Catat Ulasan